ORGANISASI



CIRI - CIRI GURU YANG CEMERLANG

  1. Tidak perlu arahan dan penyeliaan yang rapi
  2. Tidak menganggap diri sebagai penolong 'boss'
  3. Tidak bekerja terlalu mengikut waktu yang ditetapkan
  4. Sentiasa memperbaiki diri
  5. Sentiasa memberi sumbangan idea yang positif
  6. Sentiasa bersungguh-sungguh dan komited dengan tugas
  7. Sentiasa bersyukur
  8. Sentiasa belajar dari yang terbaik
  9. Sentiasa bersepakat dan bermuafakat memperkasakan Pendidikan Agama Islam
  10. Sentiasa melaksanakan tugas lebih baik daripada yang terbaik
  11. Sentiasa menjadi contoh dan teladan yang baik dalam segala hal dan perkara
  12. Suka berdikari dan berdaya usaha
  13. Sanggup menghadapi cabaran dan risiko
  14. Peka kepada persekitaran
  15. Mampu membuat keputusan sendiri
  16. Menghormati sesuatu yang bersifat peribadi
  17. Menerima teguran dengan lapang dada
  18. Mengutamakan tugas daripada kepentingan diri
  19. Mendahulukan yang terpenting daripada yang lebih penting (Aulawiyat)
  20. Memperkasakan minda dan pemikiran
  21. Mempertingkatkan kecemerlangan ilmu
  22. Memupuk nilai-nilai positif
  23. Memiliki kemahiran mengurus
  24. Memiliki visi merangkumi 4E (Bijaksana, Cekap, Berkesan,Pantas Mengurus)
  25. Menggunakan pengajaran yang berkesan
  26. Mempunyai strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan
  27. kerja kuat dan 'smart'
  28. Bertanggungjawab kepada organisasi
  29. Bekerja mengikut peraturan
  30. Bangga dan seronok dengan tugas
  31. Bersedia untuk berubah ke arah positif
  32. Berkemahiran tinggi dalam bidang keibubapaan
  33. Bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna
  34. Berusaha meningkatkan kualiti kerja pada setiap masa
  35. Bercita-cita tinggi adalah matlamat utama
  36. Berkeyakinan teguh, istiqamah, jika berusaha 'insya allah' berjaya
  37. Berdidisplin serta tegas membuat keputusan
  38. Bijak mengurus masa pengajaran dan pembelajaran sama ada di dalam atau di luar bilik darjah
  39. Bersih, cekap dan amanah
(KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA)