SEJARAH


SEJARAH SEKOLAH AGAMA PARIT SEMERAH

            Sekolah ini terletak di kampung Parit Semerah kira-kira 1.5KM daripada Bandar Pontian. Pada asalnya kawasan tanah ini di wakafkan oleh Tuan HJ Mukhtaram Bin Hj Rabidin. Tapak tanah ini telah diwakafkan untuk almarhum ayahandanya Hj Rabidin Bin Karto. Status tanah Lot Asal 2050 sekarang menjadi PTD 10998 dengan keluasan 0.304 hektar. Pada 31hb Januari 1991 bersamaan 15 Rejab 1411 Masihi surat daripada Jabatan Agama Johor bertarikh 9hb Februari 1991 kepada Tuan Kadi Daerah Pontian yang mencadangkan wakaf tapak sekolah agama lot 2050 Mukim Pontian. Pembinaan keseluruhan bangunan ini siap dalam tahun 1995.
Satu majlis penyerahan kunci telah dilakukan pada 1hb Disember1995, di bangunan sekolah ini. Sekolah ini merangkumi 9 bilik darjah, sebuah pejabat, bilik mesyuarat, surau dan mini perpustakaan. Walaupun sekolah ini baru dibuka pada tahun 1995, disebabkan bilangan murid di sekitar Parit Semerah yang ramai, di samping bertambahnya taman-taman perumahan, maka sekolah ini menjadi tumpuan kepada penduduk yang berhampiran dengannya. Sekolah ini di buka 2 sessi pengajian (pagi dan Petang).Sekolah ini dimasukkan diantara 28 buah sekolah kawasan Pelawat Selatan. Jumlah guru sessi petang pada awal sessi persekolahan 1995 seramai 7 orang dan sessi pagi 2 orang.

PENGASAS DAN GURU BESAR PERTAMA

Sekolah ini telah di asaskan oleh Tuan Haji Mohd Ali Bin Abdullah pada tahun 1995 (1416). Sebelumnya beliau telah bertugas di banyak tempat seperti di sekolah Agama Taib Andak dan Sekolah Agama Parit Kudus.

Sebelum beliau ditugaskan disini beliau dan beberapa orang lagi daerah Pontian telah memohon untuk menjadi guru besar di Sekolah Agama Parit Semerah Pontian.. Namun demikian dengan usaha dan pengalaman yang ada, beliau di tawarkan bertugas di sekolah ini.

Pada tahun 1999, beliau terpaksa bersara walaupun tenaga dan pengalaman beliau masih di perlukan apakan daya, usia beliau mencecah 55 tahun pada December 1999 yang lalu.

Di antara usaha yang telah menjadi contoh kepada kami di sini antaranya ialah mewujudkan rumah kumpulan atau pasukan bagi murid-murid dan diketui oleh guru yang terpilih. Mengadakan pelbagai aktiviti kokurikulum seperti pertandingan nasyid, marhaban, kuiz, bercerita, musabaqah Al-Quran, berzanji, berkhutbah.

Segala usahanya banyak memberi panduan bagi kami mencungkil bakat murid-murid.




SENARAI NAMA GURU BESAR

USTAZAH TISAM BINTI RESWAN
2015 - SEKARANG

USTAZ ELIAS BIN ABDULLAH
- 2014

HAJAH TIJAH BINTI DINI
1 JANUARI 2009 -

HAJAH MAIMUNAH BINTI ABD SAMAD
OKTOBER 2004 - 2008

PUAN HAINOLINA BINTI ABD KADIR
2 OGOS 2004 - 30 SEPT 2004

HAJAH ZAITON BINTI HAJI MOHD TAHIR
2003 - 2004

HAJI KAMAL @ HUSIN BIN JAMIL
2000 - 2002

HAJI MOHD ALI BIN ABDULLAH
1995 - 1999