PERATURAN

 

WAKTU PERSEKOLAHAN


KEHADIRAN KE SEKOLAH

1. Waktu Persekolahan dua sidang

Pagi : 7.30 - 12.00 tengah hari

Petang : 2.00 - 6.30 petang

Bagi hari perhimpunan, pelajar-pelajar dikehendaki berada di dataran perhimpunan yang ditetapkan.

2. Kehadiran adalah wajib. Diambil pada waktu pertama.

3. Murid-murid yang tidak hadir ke sekolah oleh sebab tertentu hendaklah membuktikan dengan mengemukakan surat akuan doktor/surat ibu bapa/penjaga.
PAKAIAN MURID LELAKI1. Bersongkok hitam. kopiah putih atau pelbagai warna tidak dibenarkan
2. Berbaju putih
3. Bersamping hitam
4. Berseluar putih
5. Berstokin putih menutup buku lali tanpa bunga-bunga @ corak
6. Berkasut kanvas
7. Lencana sekolah dan nama kendiri hendaklah dijahit rapi di atas kocek sebelah kiri sahaja.

PAKAIAN MURID PEREMPUAN1. Bertudung putih (labuh)
2. Berskap putih
3. Berbaju kurung putih potongan tradisional (berpesak), leher teluk belanga. berbutang labuh
melebihi lutu. Jenis kain ialah "tetron cotton"
4. Berkain biru tua. Potongan kain, susun di tepi (kain Johar)
5. Berstokin putih
6. Berkasut putih
7. Lencana sekolah dan nama kendiri hendaklah dijahit rapi di atas tudung sebelah kiri sahaja
8. Tidak dibenarkan memakai hijab/tutup muka

SEMUA PELAJAR1. Tidak dibenarkan memakai cermin mata berwarna gelap (sun glass) atau memakai "contact
lens"apabila memakai pakaian sekolah atau ketika berada di kawasan sekolah semasa hari
sekolah atau cuti.

2. Tidak dibenarkan memakai alat solek dan sebarang bentuk barang kemas kecuali bedak asas.

PAKAIAN PENGAWAS SEKOLAH

PENGAWAS LELAKI

1. Bersongkok hitam, kopiah putih atau pelbagai warna tidak dibenarkan
2. Berbaju putih
3. Bersamping coklat
4. Berseluar putih
5. Berstokin putih
6. Berkasut kanvas putih
7. Lencana sekolah dan nama kendiri hendaklah di jahit rapi di atas kocek sebelah kiri sahaja

PENGAWAS PEREMPUAN
1. Bertudung coklat cair (labuh)
2. Berskap putih
3. Berbaju kurung putih potongan tradisional (berpesak), leher teluk belanga, berbutang labuh
melebihi lutut. Jenis kain ialah "tetron cotton"
4. Berkain coklat. Potongan kain, susun di tepi (kain Johor)
5. Berstokin putih
6. Berkasut putih
7. Lencana sekolah dan nama kendiri hendaklah di jahit rapi diatas tudung sebelah kiri sahaja,
8. Tidak di benarkan memakai hijab/tutup muka.
1. Rambut pelajar lelaki mestilah pendek, bahagian belakang dinipiskan, tidak melebihi tengah dahi, tidak mencecah telinga. Rambut mestilah disikat kemas

2. Warna rambut hendaklah asli dan rambut tidak boleh diwarnakan

3. Tidak dibenarkan mnyimpan misai, jambang atau janggut

4. pengertian rambut panjang ialah :

a). Di belakang : Rambut jatuh melebihi garisan di bawah cuping telinga
b). Di depan : Rambut menutupi garisan tengah dahi
c). Di sebelah : Rambut menutupi sebelah telinga atau sebahagian telinga daripadanya di depan melebihi garisan tengah hidung
d). Di atas : Rambut lebih 6 cm panjang

5. Rambut pelajar perempuan hendaklah asli dan rambut tidak boleh di warnakan
6. Kuku, tangan dan kaki pelajar lelaki dan perempuan mestilah pendek dan bersih serta tidak diwarnakan.
Setiap pelajar di wajibkan menjelaskan yuran yang telah ditetapkan oleh sekolah semasa mendaftar atau tempoh yang ditetapkan
DALAM BILIK DARJAH

1. Pelajar-pelajar hendaklah membaca doa sebelum masa pelajaran pertama bermula

2. Pelajar-pelajar hendaklah bangun ketika Guru/Guru Besar/Pelawat masuk atau keluar dari bilik darjah

3. Bilik darjah mestilah sentiasa bersih. Satu jadual hendaklah disediakan dan dipamerkan.

4. Ketua kelas hendaklah memastikan kebersihan dan alat-alat kelengkapan bilik darjah

5. Pelajar-pelajar dilarang :

a). Menconteng meja, kerusi, dinding dan semua barang dalam bilik darjah
b). Memiliki, membina dan menyimpan majalah, komik, album dan gambar
c). Menggunakan meja dan kerusi guru
d). Mengubah kedudukan meja dan lain-lain tanpa pengetahuan dan kebenaran guru kelas
e). Membuat bising, mengganggu ketenteraman dan tidur di dalam bilik darjah
f). Penggunaan : "liquid paper" dan pensel berbentuk jarum tidak dibenarkan sama sekali

6. Semasa ketiadaan guru, ketua darjah, penolong dan pengawas hendaklah bertanggungjawab menjaga ketenteraman bilik darjah

7. Pelajar dilarang makan dan minum di dalam bilik darjah

TANDAS

1. Tandas hendaklah dijaga kebersihannya
2. Jangan sekali-kali membuang sampah di dalam tandas
3. Guru yang bertugas dalam bahagian ini hendaklah menyediakan jadual tugasan pelajar serta dikawal oleh lembaga pengawas sekolah

PEPERIKSAAN

1. Kehadiran dalam semua ujian/peperiksaan adalah wajib
2. Pelajar-pelajar hendaklah dilarang melakukan penyelewengan
3. Memalsukan tandatangan atau markah dalam kad atau buku kemajuan pelajar adalah dianggap kesalahan berat
1. Pelajar tidak di benarkan menggaris, melukis, menconteng, mengotorkan mana-mana bahagian di dalam kawasan sekolah.

2. Pelajar-pelajar hendaklah bertanggungjawab menjaga keselamatan harta benda sekolah setiap masa

3. Lampu atau kipas hendaklah ditutup semasa tidak diperlukan

4. kebersihan bangunan sekolah hendaklah sentiasa dijaga